Saturday, February 5, 2011

> Sally

“Abang ni... kan Sally balik kerja lewat. Teksi bodoh tu pulak, tak mau hantar Sally kat depan rumah. Dia berhenti kat simpang depan tu je. Sally jalan tau bang. Sakit kaki Sally ni hah.” Berkerut dahinya bercerita sambil kakinya diurut perlahan.

“Habis, diorang tak perasan ke Sally masa tu?” Asri mula berminat.

“Tak... Lagipun masa tu gelap. diorang tu nampak macam tergopoh-gapah je. Sally pun perati je lah.” Sally tersenyum bila Asri mula menunjukkan minat untuk berbual.

“Abang, Sally tengok semalam kan… Abang Slimmer macam nak pergi jauh je. Siap bawa beg baju lagi. Abang Slimmer takde bagitau abang ke dia nak pergi mana-mana?” Sally sudah tercatuk berdiri di depan pagar rumah Asri. Kedua-dua tangannya sudah menompang dagu. Kain kebaya ketat yang membaluti tubuh rampingnya disinsing tinggi.

“Abang pun tak tau Sally,” lemah suara Asri menjawab.

“SALLEH!! Aku suruh tutup pagar, yang kau tercegat kat depan rumah orang pagi-pagi buta ni buat apa?” tiba-tiba suara perempuan garang bingit mengisi suasana pagi. Sejalur cahaya mencuri keluar dari pintu yang terbuka dari seberang jalan.

“Alahai mak ni, sekejaplah!” suara Sally garau kemarahan.


> mandi da mandi manda...

‘Emph… mandi dululah. Nanti baru fikir apa nak buat,’ tuala di kepala katil dicapai dan perlahan dia melangkah ke bilik mandi yang terletak bersebelahan dengan ruang dapur. Bunyi pancuran air mandi mula mengisi sunyi pagi. Sejuk. 



> bila hujan turun

Terbongkok-bongkok badan Yop Saleh menimba air dari perut perahunya. Dalam kedinginan subuh, badan tua itu masih gagah berlumba dengan limpahan hujan yang menikam belakangnya yang sudah sedia lencun. Tengkujuh musim itu bagai menduga jiwa semua nelayan di kampung Pulai Serai.


> Umairah demam cikgu!

“Umairah…” suara lantang Cikgu Hasim bergema.

“Umairahhh …”

Tidak berkutik pun anak gadis itu. Kelas mula senyap sunyi. Anak-anak muridnya yang lain mula menikus. Cikgu Hasim mula meradang.

“Umairah Sulaiman…” Dia mendekati gadis bernama Umairah itu. Namun langkahnya mati, diamati wajah putih mulus itu kepucatan dengan bibir kecilnya merekah kekeringan. Tapak tangan Cikgu Hasim hinggap ke dahi muridnya itu, "Panas".

> ...bilik meeting kat opis

“Siapa lelaki ini?” Cif Inspektor Mazlan Lai Abdullah merenung gambar di atas meja dihadapannya. Suasana di dalam bilik mesyuarat di Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang itu agak sunyi kecuali sekali sekala terdengar suara Inspektor Saliha dan Sarjan Lim berbual perlahan di telinganya. Papan putih yang tergantung di dinding bilik masyuarat dipenuhi gambar-gambar kes yang terbaru.



> asap oh asap, kenapa engkau asap?



Mel menghembus asap rokok kreteknya ke atas, matanya tekun memerhati kepulan asap putih itu berderai tatkala disapa bayu lembut dihening pagi.

> si kodok perwira

dari celah2 daun pokok keladi, mentari pagi memancar cahayanya membuatkan si kodok kurang selesa. baru sekejap tadi dia tidur enak diselimuti embun pagi tapi sekarang dah nak kena bangun. si kodok mengeliat dua tiga kali sambil menguak lantang memaklumkan kepada sekelian alam yang dia kini telah bangun.

sesungguhnya rezeki dia murah sekali pagi tu, sekor lalat sesat menonong nonong terbang menghampiri bangkai lipan yang hampir kering tidak jauh dari duduknya. si kodok tenang merendahkan kepalanya bersiap sedia untuk satu lompatan mantap menerkam mangsanya. pandangannya tajam mengamati tiap tingkah 'sarapannya' pagi itu.

tatkala si lalat menjejakkan kaki ke tanah dan muncungnya mencium bangkai si lipan, si kodok dengan segenap tenaga melompat dari teduhan daun keladi tempat beradunya semalam, desiran angin laju melibas wajahnya, matanya tajam menatap sasaran dan pabila tubuhnya semakin menjatuh, si kodok melancarkan jeliran lidah laju ke arah si lalat, teknik yang amat dibanggakannya, menangkap mangsa ketika tubuhnya masih di udara merupakan teknik pemburuan tahap tertinggi dan kerana itu jugalah dia dikagumi ramai kodok2 betina di situ. tetapi tidaklah si kodok tahu yang hari itu merupakan titik penting di dalam sejarah hayatnya.

tatkala lidahnya hampir menepati sasaran tiba tiba si kodok merasakan tubuhnya dihentam keras, bagaikan dibelasah dengan sebatang balak, tubuhnya bagaikan remuk, dia terpelanting jauh dari situ dan lidahnya yang masih terjelir meragut segala duri keman di tanah, lukanya parah, si kodok pitam.

"BODOH!!, yang kau pegi sepak katak tu apahal!!?"