Saturday, February 5, 2011

> si kodok perwira

dari celah2 daun pokok keladi, mentari pagi memancar cahayanya membuatkan si kodok kurang selesa. baru sekejap tadi dia tidur enak diselimuti embun pagi tapi sekarang dah nak kena bangun. si kodok mengeliat dua tiga kali sambil menguak lantang memaklumkan kepada sekelian alam yang dia kini telah bangun.

sesungguhnya rezeki dia murah sekali pagi tu, sekor lalat sesat menonong nonong terbang menghampiri bangkai lipan yang hampir kering tidak jauh dari duduknya. si kodok tenang merendahkan kepalanya bersiap sedia untuk satu lompatan mantap menerkam mangsanya. pandangannya tajam mengamati tiap tingkah 'sarapannya' pagi itu.

tatkala si lalat menjejakkan kaki ke tanah dan muncungnya mencium bangkai si lipan, si kodok dengan segenap tenaga melompat dari teduhan daun keladi tempat beradunya semalam, desiran angin laju melibas wajahnya, matanya tajam menatap sasaran dan pabila tubuhnya semakin menjatuh, si kodok melancarkan jeliran lidah laju ke arah si lalat, teknik yang amat dibanggakannya, menangkap mangsa ketika tubuhnya masih di udara merupakan teknik pemburuan tahap tertinggi dan kerana itu jugalah dia dikagumi ramai kodok2 betina di situ. tetapi tidaklah si kodok tahu yang hari itu merupakan titik penting di dalam sejarah hayatnya.

tatkala lidahnya hampir menepati sasaran tiba tiba si kodok merasakan tubuhnya dihentam keras, bagaikan dibelasah dengan sebatang balak, tubuhnya bagaikan remuk, dia terpelanting jauh dari situ dan lidahnya yang masih terjelir meragut segala duri keman di tanah, lukanya parah, si kodok pitam.

"BODOH!!, yang kau pegi sepak katak tu apahal!!?" 



No comments:

Post a Comment